Pages

Sudah Like ke?

Wednesday, 1 March 2017

Ahlan Wasahlan Wamarhabikum

Assalamualaikum dears,

Mungkin ada yang kenal, tapi kebanyakannya tak kenal siapa Akmal. Saya orang biasa-biasa jer. Berumur 30 tahun dan sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai zuriat. Kita sedapkan hati cakap belum sampai masanya lagi, Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambanya.

Bila bercakap soal rezeki zuriat, bukan semua orang akan menerima pandangan secara positif termasuklah saya. Sebab saya rasa orang lain tak melalui apa yang saya lalui. Dan mustahil orang lain akan memahaminya jika tidak melalui apa yang saya rasa. Betul kan?

Masa awal kahwin di hujung tahun 2015, saya tidaklah terlalu tertekan memikirkan soal zuriat. Just go with the flow bak orang putih kata. Tapi tekanan itu bertambah tanpa disedari, secara halus membebankan fikiran, setiap persoalan tanpa jawapan merupakan kegelisahan di dalam hati sehingga boleh merosakkan akal pemikiran yang waras dan turut mengganggu emosi.

Begitulah apa yang saya rasa sehingga awal tahun ini. Di saat saya menulis artikel pengenalan ini, saya rasa otak saya mengembang dan sedang melalui tekanan yang maha hebat. Jantung saya berdenyut kencang membuatkan saya sangat resah. Adakah ini tanda PMS - Pre Menstrual Syndrome?? Bulan ini gagal lagi kah TTC ku? Saban hari itu yang mengganggu benak saya.

Saya sedang berusaha berubat dengan pakar gynaechology di HSNZ. Saya turut pergi mengurut untuk membuang angin dalam badan. Dan kini saya mengamalkan Shaklee Vitamin sebagai supplemen tambahan untuk menguatkan badan saya. Badan saya lemah, kerana sistem imun saya tidak cukup kuat. Sebabnya, saya ada Psoriasis. Pergilah google sendiri apa itu Psoriasis. Mungkin next artikel, saya akan selitkan tentang Psoriasis.


Tujuan saya membina Laman Shaklee Akmal ni untuk berkongi kebaikan vitamin shaklee ini kepada semua. Mungkin dengan perkongsian dari saya dan pembacaan saudara/saudari, akan lebih memudahkan untuk memahami tentang Vitamin Shaklee dan kebaikannya. Saya tidak mahu memaksa anda membeli Vitamin Shaklee. Saya mahu anda semua memahaminya.

Sebab saya dulu pun begitu, saya tahu Shaklee itu elok tetapi selalu memberi alasan dan tidak konsisten dalam mengamalkannya. Lebih baik mencegah sesuatu penyakit dari mengubatinya. Sekarang saya sudah merasakannya. Jadi, anda fahamilah keperluan badan anda dan berikan badan anda yang terbaik. Ingat! 5 Perkara Sebelum 5 Perkara? Salah satunya adalah...

SIHAT SEBELUM SAKIT

Akhir kalam, saya mendoakan kesejahteraan semua pembaca yang mengunjungi blog ini. Doakan saya mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Amiin~


No comments:

Post a Comment