Assalamualaikum dears,
Di sini, saya akan bercerita tentang kisah TTC saya. Mungkin tak banyak nak share sebab baru lagi. Tapi sekurang-kurangnya saya buat jurnal untuk menghargai kesusahan saya hari ni. Saya juga berharap dapat memberi dorongan dan semangat kepada wanita-wanita yang sedang ber'TTC.
Saya berkahwin pada pertengahan Oktober 2015 pada usia 28 tahun. Sebelum berkahwin, saya sudah berbincang dengan bakal suami untuk tidak merancang kelahiran anak. Alhamdulillah dia bersetuju kerana dia juga inginkan zuriat seperti saya. Jadi, sejak dari awal perkahwinan, saya sudah ber'TTC' dengan cara tidak langsung. Setelah 8 bulan mencuba dan masih tidak menampakkan hasil, saya telah pergi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Seberang Takir dengan keizinan suami. Masa itu, rasa takut juga. Tetapi saya kuatkan semangat demi untuk mengandungkan zuriat suami saya.
Apabila mendapatkan rawatan di klinik, perlu diingat, kita perlu telus dan jujur dengan doktor. Setiap persoalan mesti dijawab dengan jawapan yang jujur agar doktor dapat mengetahui setiap permasalahan kita.
Sejak awal perkahwinan, pusingan haid saya menjadi tidak teratur tiba-tiba. Bayangkan sebelum kahwin, saya telah period seminggu sebelum nikah. Jadi, saya menjangkakan saya akan subur pada malam pertama. Tetapi sesuatu yang menyedihkan berlaku. Sehari selepas kahwin, saya telah keluar darah. Mulanya saya ingat darah sebab pecah dara. Tapi mustahil berlarutan sehingga berhari-hari. Pada hari kedua darah keluar, saya pergi ke Klinik Kesihatan Manir untuk membuat pemeriksaan untuk memastikan darah tersebut samada haidh atau istihadah. Doktor pun melakukan pemeriksaan dalam vagina saya dengan spekulum. Bayangkanlah saluran vagina awak yang masih sempit dijolok dengan spekulum tu. Sakit yang teramat. Saya tidak memberikan kerjasama yang baik waktu itu kerana tidak dapat menahan sakit dan saya mula tertekan. Doktor pun mula marah-marah dan terus merujuk saya kepada Bahagian Kecemasan HSNZ kerana dia merasakan dalam vagina saya ada sesuatu yang menghalang. Saya keluar dari klinik sambil menangis-nangis sambil menyesali keputusan datang ke klinik. Suami menasihatkan saya untuk ke Bahagian Kecemasan tetapi saya sangat tertekan masa itu dan tidak mahu pergi. Akhirnya suami akur. Keadaan itu berlarutan sehingga 5 hari tanpa saya mendapatkan rawatan dan saya terus solat seperti biasa dan menganggapnya istihadah.
Dalam 8 bulan pertama, pusingan haidh saya tidak tetap. Selalu datang awal seminggu dan kadang-kadang lewat 2 minggu. Mungkin perubahan hormon. Pada April-Jun 2016, saya period 2 kali sebulan dan sangat mengganggu emosi saya sebab saya tidak dapat mengira waktu subur saya. Dan hubungan saya dan suami agak tegang masa itu. Selepas ini, saya akan bercerita part by part tentang usaha TTC saya. Cuma klik sahaja link-link di bawah nanti (akan dikemas kini setiap masa).

No comments:
Post a Comment